Arkib

Archive for Jun 2009

Transformer 2 : Revenge of The Fallen

Jun 27, 2009 nanahana Tinggalkan komen

Salam,

Sonok!!!!!! Penuhhh wayang!!!! pergh! sesampai je disane dah berduyonnn org… perghhh biasa tak camni.. aku agak dah sure pasal pilem atas tuu (tajuk)

Bantai aa Q aar gak harap2 dpt tix 11 am sbb ade 2 pggung lak tu.. kan kan… aku n asben Q laa.. sorg kat lane 1 and sorg lane 2 … haha biasak laa nih mmg taktik mehhh…. kehkeh.. sonoksss….. sib aaaa… then smapi je kul 1030 kat kaunter tiket… ermm pilih2… then ade seat beshhh!! yess!! sebab ade org tuuuu book tak amik 1/2 hour sblom wayang! yeay n yeayyy!! sib baik budak kaunter tu baik! mmg suggest la seat tgh tuu.. yiPPie!!!!

Sblom g masuk cinema 7 layan pic2 gile2 hahaha…

transformer 2

transformer 2

ahah! prasan? yeee bagus mata korang hahahahah .. baju kamik sama laaa.. hehehehe.. kami dh siap beli (murah je) tp bermakna sgt2 tauu… ehhe aku pnye Decepticons .. asben pnye Autobots… saje laaa sama2 je tak besh aa kan… heheh then kami pun layan la jap ape2 patut kat situ .. bli popcorn n mineral.. naik n g duduk seat besh ituu! heheheee…

oke tu je..  tata….

p/s: have a wonderful liFe!! > optimus prime hidup laaa! hahahahaha

lawanyee!!! hehe….

Jun 21, 2009 nanahana Tinggalkan komen

Salam,

Simple entry! adios…

life is gRREATTT… deal wit it… live with it… no need to be like others .. :) just b urself!

projek 2009

project 2009

Categories: Hidup Aku Label:, , ,

ooooh besday!

Jun 20, 2009 nanahana 1 comment

Salam

Simple entry hehehe layann..

hehe besday tokmummy!

hehe besday tokmummy!

LV

LV

nadzim familia

nadzim familia LATEST!! hehe

Categories: Hidup Aku Label:, , , , ,

Kenapa Aku Diuji ?

Jun 19, 2009 nanahana Tinggalkan komen

Soal Jawab Aku…

Kenapa Aku Diuji ?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). “
- Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “
- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87


p/s: bacalah ayat2 ini selalu jika kamu terluper mgpa kamu diUJI!!!

again tq nurul 4 the email!!

Categories: Kemanusiaan Label:, , ,

BULAN REJAB – 24 Jun 2009 (Rabu)

Jun 19, 2009 nanahana 4 comments

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL….. ……… …..

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……… .
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah
bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin,
20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3
Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala
seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan
seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7
pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan
dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah
sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan
lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as
“Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan
bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw
berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa
kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah,
mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban,
mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH
swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya
mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya
Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam
dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa
satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan
niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti
berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun.”

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Categories: Kemanusiaan Label:,